Tujuan Penubuhan

Tujuan penubuhan GIBS
Gabungan Ikhtisas dan Usahawan Bumiputra Anak Selangor, Selangor dengan nama ringkasnya GIBS adalah sebuah badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang telah ditubuhkan pada 17hb Jun 1986 dengan tujuan-tujuan berikut :-
  1. Menggabungkan para profesional dan usahawan Bumiputra Melayu di Negeri Selangor.
  2. Memberi khidmat nasihat kepada ahli-ahli GIBS serta membantu mereka untuk melibatkan diri dan menyumbang dalam berbagai rancangan pembangunan di Negeri Selangor.
  3. Memaju dan meningkatkan profesionalisme, kebajikan, kebendaan, kemasyarakatan dan pendidikan dengan cara yang halal dan menurut undang-undang semasa.
  4. Memiliki, membeli, menjual, memajukan, mencagar dan memajak harta tidak alih (termasuk mana-mana Tanah Rizab Melayu) dan harta alih, menubuhkan syarikat atau koperasi yang mana keahliannya terhad kepada kebenaran pihak berkuasa terlebih dahulu.
  5. Mengusahakan tanah-tanah persendirian atau kerajaan bagi tujuan pertanian, pembalakan, perniagaan, pelancongan, perindustrian dan perumahan.
  6. Membuat pelaburan modal dalam bidang perindustrian, perusahaan, perniagaan dan pembangunan tanah dengan syarat semua wang dan keuntungan daripada pelaburan tersebut digunakan sepenuhnya untuk mencapai matlamat penubuhan GIBS.

Daftar Ahli

Daftar Ahli »

Galeri GIBS

Layari Galeri GIBS »

Tanya dan Cadang

Tanya dan Cadang »

Pautan: