Daftar Ahli

KEAHLIAN GIBS - Modal Insan Profesional

Ahli-ahli GIBS pada hari ini terdiri daripada pegawai-pegawai tinggi kerajaan dan swasta, ahli-ahli perniagaan, pemaju-pemaju hartanah, perunding-perunding dan pakar-pakar dalam berbagai bidang seperti pengurusan , perubatan, perundangan, penyelidikan, kejuruteraan, Juruukur, Jurunilai, ukur bahan, senibina, pendidikan dan lain-lain.

Walaupun ahli-ahli GIBS mempunyai latar belakang profesion yang berlainan, tetapi mereka bersatu dan berdiri teguh sebagai sebuah pertubuhan dengan identiti tersendiri. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing, begitulah sikap toleransi, kerjasama dan persefahaman yang terjalin di kalangan mereka dalam melaksanakan segala aktiviti yang dirancang. Alhamdulillah, muafakat membawa berkat dan inilah yang membolehkan GIBS merealisasikan objektif penubuhannya.

Syarat Permohonan Keahlian GIBS
Keahlian GIBS terbuka kepada golongan ikhtisas, usahawan dan pentadbir Anak Melayu Selangor yang memenuhi kriteria berikut:-
  1. Beragama Islam
  2. Lahir di Negeri Selangor
  3. Lahir di Kuala Lumpur sebelum Februari 1974
  4. Jika dilahirkan di luar Selangor, bapa atau ibunya mestilah dilahirkan di Negeri Selangor atau Kuala Lumpur sebelum Februari 1974.
Panduan Permohonan Keahlian GIBS
  1. Sediakan 2 keping gambar terkini berukuran passport.
  2. Sediakan sijil kelahiran salah seorang ibubapa pemohon yang dilahirkan di negeri Selangor jika pemohon tidak dilahirkan di negeri Selangor.
  3. Sediakan sijil kelahiran pemohon.
  4. Muat turun borang pendaftaran.

  5. Isi dan kembalikan borang kepada:
    Setiausaha Kehormat,
    Gabungan Ikhtisas Dan Usahawan Bumiputra Anak Selangor, Selangor.
    No: 82A, Jalan Pelabur A 23/A, Seksyen 23, 40300 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Daftar Ahli

Daftar Ahli »

Galeri GIBS

Layari Galeri GIBS »

Tanya dan Cadang

Tanya dan Cadang »

Pautan: