Aktiviti

Misi Bantuan Pasca Banjir Pantai Timur 2015

Tarikh: 10 January 2015

Pada 10 Januari 2015 Gabungan Ikhtisas & Usahawan Bumiputra Anak Selangor (GIBS) telah bergerak ke Kelantan bagi melaksanakan misi bantuan banjir di pantai timur. Dua daerah yang menjadi tumpuan GIBS adalah Gua Musang dan Kuala Krai. Misi bantuan banjir ini disertai oleh 4 orang ahli GIBS dan 2 eksekutif pengurusan GIBS iaitu:

  1. Tuan Hj. Dr. Muhammad Arif B. Mohd Hashim (Yang Dipertua GIBS)
  2. YBhg. Dato' Hj. Mat Yasir B. Hj. Ikhsan (Setiausaha Kehormat GIBS)
  3. Tuan Hj. Safiee B. Ismail (Bendahari Kehormat GIBS)
  4. Tuan Hj. Mohammad Ismail B. Asrah (Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan GIBS)
  5. Cik Siti Bahiyah
  6. Encik Mohd Effendy

Dua kenderaan pacuan empat roda telah digunakan hasil sumbangan Tuan Hj. Safiee dan Tuan Hj. Mohammad Ismail. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 8 jam untuk samapai ke destinasi yang dituju.

Perjalanan Misi Bantuan Banjir Pantai Timur ini banyak meninggalkan kesan yang dalam kepada mereka yang terlibat. Mereka menyaksikan sendiri kepayahan dan kesusahan yang terpaksa ditanggung oleh masyarakat setempat. Mangsa banjir hanya pasrah dan berserah ke hadrat Ilahi. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Semoga Allah melindungi mereka dan merahmati mereka.

Daftar Ahli

Daftar Ahli »

Galeri GIBS

Layari Galeri GIBS »

Tanya dan Cadang

Tanya dan Cadang »

Pautan: