Pemberitahuan / Notis


Aktiviti Terkini

Dari Meja Yang di-Pertua

Assalamualaikum,

Selamat datang ke laman web rasmi Gabungan Ikhtisas dan Usahawan Bumiputra Anak Selangor (GIBS) dengan hasrat untuk memperkenalkan persatuan ini kepada masyarakat awam serta menjadi saluran maklumat berkaitan persatuan ini kepada semua golongan masyarakat.

GIBS merupakan badan persatuan di mana ahli-ahlinya terdiri daripada golongan profesional dan usahawan Bumiputera di negeri Selangor seperti Arkitek, Jurukur Tanah Berlesen, Jurukur Bahan, Jurutera Perunding, Peguam, Akauntan, Ahli Akademik, Doktor Pakar, IT, Pertanian, Pentadbir dan para usahawan dalam berbagai bidang. Melalui laman web ini, diharapkan dapat manfaatkan segala maklumat di dalamnya untuk digunakan dengan sebaik-baiknya.

Saya bagi pihak Ahli Jawatankuasa Induk dan ahli-ahli GIBS sentiasa berusaha untuk meningkatkan mutu penyampaian maklumat melalui media elektronik persatuan ini kepada semua golongan masyarakat.

Sekian, selamat melayari laman web GIBS.

DR. HJ. MUHAMMAD ARIF B. MOHD HASHIM, S.M.S

Yang Dipertua
Gabungan Ikhtisas Dan Usahawan Bumiputra Anak Selangor (GIBS)

Sudut Media

Selama 30 tahun penubuhan, banyak kisah- kisah menarik GIBS yang yang sempat kami kongsikan melalui saluran media massa.

Layari Artikel Media GIBS »

Perkhidmatan

GIBS selama ini telah berjaya menghimpunkan ramai usahawan dari Negeri Selangor yang datang dari pelbagai bidang dan kepakaran. Kenali mereka lebih dekat.

Layari Perkhidmatan »

Daftar Ahli

Dengan menjadi ahli GIBS, banyak peluang dan kelebihan yang boleh dinikmati sebagai seorang usahawan dan profesional tidak kira dari apa bidang sekalipun.

Daftar Ahli »

Galeri GIBS

Sepanjang tempoh penubuhan GIBS, pelbagai aktiviti telah dijalankan bersama ahli GIBS dan juga wakil- wakil korporat. Layari galeri GIBS yang telah disediakan untuk anda.

Layari Galeri GIBS »

Tanya dan Cadang

Demi memastikan misi dan visi GIBS selaras dengan kehendak masakini, GIBS sentiasa mengambilberat segala kekurangan dan cadangan dari pihak anda.

Tanya dan Cadang »

Pautan: